Hati yang mati
Tiada hakikat kehidupan
Tiada kenal Tuhan
Tiada kenal Tuhan
Yang hak-Nya disembah, dicintai, dirindui
Hati yang mati
Sandaran cintanya nafsu
Hati yang mati
Bencinya dipandu nafsu
Nafsu menjadi imam
Syahawat menjadi pemimpin
Kejahilan menjadi nakhoda
Kelalaian ditunggang
Cinta suci menjadi keji
Kerana hati yang mati
Hati yang mati
Tiada mahu memahami ayat-ayat cinta
Yang Tuhan turunkan dalam 114 surat-Nya
Yang Tuhan siratkan dalam zahir yang tersurat
Unta yang dicipta
Langit tiada tiang
Gunung ganang dipasak
Bumi dihampar
Wahai hati yang mati
Suburkan semula benih imanmu
Selagi masih punya kesempatan
Selagi roh belum ditenggorokan
p/s - untuk muhasabah diri saya sendiri khususnya...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAllah huakbar, shahdu benar sentuhannya puisi ini tuan,
ReplyDeletekagum dengan tulisan mu,,
moga turut menjadi peringatan pada diri ini..
aminn..
p/s : perasaan ingan tahu buatkan saya cuba translate kan comment bertulisan cina di atas di salah satu website utk terjemah 'http://www.howtosayin.com/dontlet.php',
rasanya bukan satu comment yg baik tuan, mungkin tuan boleh padamkan atau dengan tindakan susulan yg tuan fikirkan perlu..
(maaf jika terdapat kesilapan pd maklumat ini)
salam..
=)
terima kasih saudara atas maklumannya. alhamdulillah saya dah delete komen yang atas tu.. salam ukhuwwah :)
ReplyDelete