MENGENAI SAYA

My photo
1988-1994 = SRK St Gabriel KL 1995 = SM Taman Maluri KL 1996-1999 = SM Pandan Jaya KL 2000-2004 = Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling, KL (Sistem Pondok) 2005 = Madrasah Al-Attas Al-Arabiyyah Ulu Tiram, Johor 2006-2008 = Diploma Usuluddin, Kolej Pengajian Islam Johor MARSAH 2009- 2011 = Mansurah, Mesir Sekarang - Taman Daya, JB.

Blog Archive

Saturday, January 9, 2010

SDK : Burger Akhi dan Secebis Kenangan

Burger Akhi. Sekali rasa, insyaAllah nak lagi :)

بسم الله الرحمن الرحيم


Burger adalah sesuatu yang istimewa dalam sejarah hidup saya. Ia adalah satu kenangan dan nostalgia yang terkadang bila teringat akan menyebabkan saya tersenyum, terkadang pula termenung. Kronologi hidup saya sejak 4 tahun yang lalu diwarnai oleh kelazatan mayonisnya, keenakan daging lepernya, kelembutan rotinya dan kesyukuran menikmati hasil untungnya.


Pada Disember 2006, saya berada di tahun pertama pengajian di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Ayah saya baru pencen daripada pekerjaannya. Sebelum pencen, ayah hanya mahu saya memberi tumpuan kepada pengajian dan jangan fikir soal belanja. Dia ada memberi sedikit duit saku untuk belanja sebulan. Kalau ikutkan, memang segan sangat sebenarnya apabila seorang anak sulong yang berumur 23 tahun pada masa itu masih lagi diberi duit belanja. Saya sudah beberapa kali memberi cadangan untuk membeli sebuah motosikal (menggunakan sedikit duit simpanan untuk bayar duit muka), supaya dapat digunakan untuk mengajar di kelas-kelas tuisyen terutama al-Quran dan Bahasa Arab untuk mencari pendapatan sampingan, namun tidak berjaya. Setelah pencen, saya minta supaya ayah mengizinkan saya untuk mencari duit sendiri. Alhamdulillah abah dan mak mengizinkan.

Saya pun memulakan bisnes secara kecil-kecilan di kampus. Jual burger. Mula-mula jual 10 biji, alhamdulillah habis. Esoknya tambah lagi 5, alhamdulillah. Begitu lah hari demi hari sehinggalah sehari saya dapat jual 50 biji burger. Di mana saya goreng burger? Hehe di dalam bilik asrama, menggunakan periuk nasi.



Februari 2007. Alhamdulillah, perniagaan bertambah maju. Saya berhasil mendapatkan sebuah motosikal second hand jenama Nitro. Dengan adanya motosikal ini, saya tidak perlu lagi meminjam motor kawan-kawan untuk pergi membeli barang-barang berniaga. Syukran jazilan kepada Akhi Khidir, yang kini berada di tahun 2 kuliah qiraat di Syoubra kerana selalu meminjamkan motornya. Begitu juga dengan Akhi Hafis Ghazali. Semoga Allah merahmati kalian berdua.

Jualan semakin meningkat. Saya sudah mula membeli kuali leper yang biasa digunakan untuk menggoreng burger, dan mempunyai dapur tungku sendiri. Saya minta izin kepada warden asrama yang juga kawan baik saya, Ustaz Syafie Bachok dan alhamdulillah, beliau mengizinkan menggunakan rusng dapur rumahnya. Pada ketika itu beliau masih bujang. Setelah berdua, saya minta izin menggunakan stor kampus. Beliau mengizinkan juga. Dipendekkan cerita, sampai lah saya menamatkan pengajian, jualan di kampus pada setiap hari boleh dikatakan berterusan dalam 60 ke 80 biji. Pelajar yang menginap di kampus tidak ramai, sekitar 300 orang sahaja. Apapun, semuanya adalah nikmat daripada Allah untuk Dia menguji kita para hambaNya, adakah kita bersyukur atau tidak. Alhamdulillah.



Ogos 2007. Saya membeli motosikal baru jenama EX5 warna hitam menggantikan motosikal sebelumnya yang selalu bermasalah. Saya mula mengambil upah mengajar al-Quran dan Bahasa Arab sebagai pendapatan tambahan. Untuk menggoreng dan menjual burger, saya mengupah seorang sahabat yang menawarkan dirinya untuk 'bekerja' dengan saya.

Saya membuka 'cawangan' di salah sebuah gerai berhadapan Masjid Jamek Sultan Abu Bakar. Saya namakan burger saya sebagai 'Burger Akhi'. Syukran jazilan kepada Abang Lan, toke gerai tersebut yang meng'offer' untuk menjadi pengedar. Matlamat saya pada ketika itu adalah untuk mengumpul duit bagi melamar seorang muslimah (kini zaujah) yang saya tidak pernah menatap wajahnya kerana dia berpurdah, namun hati saya cenderung untuk menjadikannya permaisuri dan sayap kiri perjuangan saya sebagai daie. Alhamdulillah hajat saya tercapai.



Abang Lan, banyak jasanya pada saya.. :)


Sekarang, Januari 2010. Saya dan zaujah kini berada di Mansurah, Mesir. Yang belajar secara rasmi sebagai pelajar al-Azhar adalah zaujah saya, dalam bidang Takhassus Qiraat. Saya pula tidak dapat melanjutkan pengajian disini kerana MOU francais atau muadalah antara kolej-kolej pengajian Islam di Malaysia telah dibatalkan secara mengejut pada April 2008. Sijil STAM saya pula sudah menjangkau 4 tahun, lebih setahun daripada had penggunaannya untuk melayakkan saya menjadi pelajar al-Azhar. Tapi tak mengapalah, saya ke sini untuk menimba ilmu. Saya yakin semuanya adalah ujian-Nya, dan pasti ada hikmah yang tersirat sebaliknya.

Apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya dalam entri ini adalah, Burger Akhi kini di Mansurah. Hihi. Harganya adalah LE2.50 lebih kurang duit kita rm1.50. Sama harganya seperti yang saya jual di Malaysia. Lapisan bawahnya adalah mayonis, kobis, tomato dan sos. Lapisan atasnya adalah timun dan sos juga. Manakala dagingnya digoreng dengan sedikit resipi rahsia :)

Setakat ni dah dijual di Maahad Qiraat dan salah sebuah kelas yang saya muzakarahkan kitab Nahu. Kepada sahabat-sahabat di Mansurah yang ingin membuat tempahan untuk sebarang program atau diskusi beramai-ramai, boleh contact saya di nombor 0145780942. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini dimudahkan oleh Allah dan rezeki yang datang melaluinya diberkati insyaAllah. Amin Amin Amin.

6 comments:

  1. salam syaikhuna hafizahullah...tahniah krn burger akhi kini telah berada d pasaran antrabangsa.hehehehe.nyam2..nmpk cm sedap tuu..x sbaq2 rasanya nk bli ni.....apa2 pon sy terharu ngn ustaz krn gigih berniaga..nak jadi cam ustaz jugak laa..nanti kami nk serbu 'warung akhi' ek??hehehehe

    ReplyDelete
  2. wsalam ya habibi ust hakimi..

    Syukran atas sokongannya ye.. hehe, x sabar nak rasa ye.. meh le bertandang ke rumah ana.

    di mana ada kesungguhan, InsyaAllah Allah akan buka jalannya. Ust doakan rezeki ana diberkati ye.. amin.. :)

    ReplyDelete
  3. salam akhi...
    aduyaiii...akhi ni...
    tetibe teringat burger akhi mase kat marsah dulu..yang ukhti faridah jual kat asrama..
    tambah2 lagi tengok pic burger akhi kat atas 2..
    kecur tetibe..
    aiyaaa...tpuasa tak boleh tgk pic burger akhi 2..nanti kecur n terus nak buka..hihi...
    semoga akhi success dalam perniagaan burger ye..sampaikan salam rindu utk ukhti faridah...

    BURGER!!..BURGER!!..BURGER AKHI!!!
    MARI BELI!!HAYYA2!!!
    SAPE TAK BELI RUGI...CEPAT2!!!

    :')

    ReplyDelete
  4. salam akhi...wah best cite sejarah burger akhi tu... boleh buat cite dlm komik fityan:)

    ReplyDelete
  5. akhi > ustzh izzat89

    Wa'alaikumussalam. O masa tu akhi nak bagi burger ke kampus banat pun segan2. Letak kat meja dekat dengan stor, dah 5 minit baru mintak akak turun ambil. Malu sangat rasanya nak bertembung.

    Kat Mesir ni pun akhi baru je mula. doakan la ye berjaya.. amin.. akhi dah sampaikan salamnya pada akak..


    akhi > ust nasrul

    wsalam ya habibi.. kalau masuk komik alfityan, kena pakai watak ust nasrul la.. hehe.. Burger Lagendaseni.. :P

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Ustaz Kamil,
    boleh saya pesan burger untuk makan malam ni. Sepuluh biji ye...

    Burger ni alternatif saya di sini bila tengok kedai mamak penuh.

    ReplyDelete