5. Menyegerakan mandi junub

Ini adalah supaya orang yang berpuasa itu berada dalam keadaan bersih suci dari awal waktu dia berpuasa. Maknanya, keadaan dia berjunub itu tidak pun menafikan puasanya, Cuma adalah lebih afdhal kalau dia menghilangkan junub tadi sebelum Subuh.
Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi s.a.w pernah berpagi-pagi dalam keadaan berjunub kerana berjimak, bukan mimpi. Kemudian Baginda mandi dan berpuasa.
Begitu juga dimustahabkan kepada perempuan untuk mandi kerana suci daripada haid dan nifas, sebelum terbit fajar. Ini adalah apabila sempurna suci dan darah itu telah berhenti sebelumnya.
6.Meninggalkan berbekam

Meninggalkan hijamah (1) dan fashd (2) [kedua-duanya boleh diterjemahkan dengan berbekam] dan seumpamanya. Ini adalah kerana berbekam boleh menyebabkan orang yang berpuasa menjadi lemah.
Kita juga perlu mengelak daripada merasa makanan dan mengunyahnya. Bimbang kalau-kalau termasuk ke dalam rongga. Makanan yang masuk ke dalam rongga akan membatalkan puasa.
7. Membaca doa

Membaca doa (seperti tertera) ketika berbuka. Terjemahannya,
“Ya Allah hanya kerana-Mu aku berpuasa, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. Telah hilanglah dahaga, basahlah urat-urat dan tetaplah pahala, insyaAllah).”
8.Memberi makan untuk berbuka

Memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa. Sekiranya tidak mampu untuk memberi makan berbuka puasa, memadai juga walaupun hanya dengan memberikan sebiji tamar dan seteguk air.
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, nescaya dia akan mendapat ganjaran pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi sedikit pun daripada pahalanya”. Riwayat Imam Tarmizi.
9. Memperbanyakkan sedekah

Memperbanyakkan sedekah, membaca al-Quran dan bertadarus. Juga beriktikaf di masjid, lebih-lebih lagi pada malam sepuluh akhir Ramadhan.
Daripada Anas r.a beliau berkata, Rasulullah s.a.w ditanya, “Apakah sedekah yang paling afdal?” Baginda s.a.w menjawab, “Sedekah yang dilakukan di bulan Ramadhan.” Riwayat Imam Tarmizi.
Dan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawasanya Jibril a.s sering berjumpa dengan Nabi s.a.w pada setiap tahun di bulan Ramadhan . Baginda s.a.w membacakan al-Quran kepada Jibril a.s.
_____________________________
(1) Hijamah – menyedut darah menggunakan ‘mihjam’ (alat berbekam) – almu’jam alwashit ms 164
(2) Fashod – mengeluarkan sedikit daripada darah di urat dengan tujuan perubatan – almu’jam alwashit ms 715
salam syeikh,
ReplyDeletenk tnyer... sbnrnyer masuk jari dlm idong atau telinga batal pose atau makruh?
w'salam.
ReplyDeleteMenurut pendapat yang muktamad dikalangan fuqahak Syafie adalah tidak membatalkan puasa dengan sebab memasukkan suatu kedalam hidung atau telinga melainkan sampai kepada had batin.
Menurut satu pendapat had batin bagi hidung ialah melepasi tulang hidung dan had batin bagi telinga pula ialah sampai kepada gegendang telinga.
wallahu a'lam
OOO..okey.. trima kasih
ReplyDeleten satu lg... hukum harus tu sbnrnyer mcm mne? kne buat ke kne tinggal?
ReplyDeletehukum harus tu maknanya nak buat boleh x nak pun xpe. :)
ReplyDeleteoooo...begituu...
ReplyDeletesy ader terbaca kt blog. harus tgk artis kt tv.
jd klu tgk xper la yer?
tp baik elak la eh