MENGENAI SAYA

My photo
1988-1994 = SRK St Gabriel KL 1995 = SM Taman Maluri KL 1996-1999 = SM Pandan Jaya KL 2000-2004 = Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling, KL (Sistem Pondok) 2005 = Madrasah Al-Attas Al-Arabiyyah Ulu Tiram, Johor 2006-2008 = Diploma Usuluddin, Kolej Pengajian Islam Johor MARSAH 2009- 2011 = Mansurah, Mesir Sekarang - Taman Daya, JB.

Monday, November 8, 2010

Jawapan Kepada Tohmahan

Assalamualaikum wrt

Saya dapat mesej di shoutbox,



Di bawah saya letakkan semula entri lama saya dari blog yang sebelum ini. Mudah-mudahan terjawab apa yang ditimbulkan oleh saudara yang bertanya, dan kita semua sebagai seorang Muslim dapat sentiasa berbaik-baik antara satu sama lain. :)

Sumber : Salam Idul Adha Buat Keluarga Tercinta

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar


Wa Lillah al-Hamd


Assalamualaikum wrt.


Terubat sungguh rasanya hati ini bila dapat berbual dengan mak, abah dan adik-adik sebentar tadi menggunakan YM. Rindu sangat rasanya. Lebih-lebih lagi bila mak yang baru sahaja pulang berewang di masjid qaryah bergegas menuju komputer Amiruddin, adik bongsu saya sebaik sahaja dia dapat tahu saya yang sedang di talian.


Walaupun agak sukar untuk membuat panggilan kerana line yang agak sibuk, maklumlah Hari Raya namun setelah beberapa cubaan berjaya juga. Sayu hati ini bila Amiruddin beritahu yang mak rindu nak dengar suara saya dan zaujah.




libra_beb (11/27/2009 10:16:10 AM): mak nk tngk gmbr blong


ibnu_mualla (11/27/2009 10:16:16 AM): mak da balik eh


ibnu_mualla (11/27/2009 10:16:22 AM): gambar kat sini ke


libra_beb (11/27/2009 10:16:34 AM): ah2


ibnu_mualla (11/27/2009 10:16:43 AM): jap


libra_beb (11/27/2009 10:17:13 AM): mk nk dgr suara blomg


libra_beb (11/27/2009 10:17:20 AM): call laa cpt balong :)


ibnu_mualla (11/27/2009 10:18:21 AM): jap ye


ibnu_mualla (11/27/2009 10:18:23 AM): line sibuk sikit


libra_beb (11/27/2009 10:18:30 AM): mk cakap..


libra_beb (11/27/2009 10:18:44 AM): mk rindu suara blong


ibnu_mualla (11/27/2009 10:18:52 AM): jap tengah try


libra_beb (11/27/2009 10:19:03 AM): mk nk dgr suara kk faridah skali


Berkaca juga kelopak mata saya membaca semula perbualan kami tadi. Teringat masa-masa indah sedari kecil hinggalah sekarang. Kenangan saya dan keluarga tercinta. Di dalamnya ada yang manis, terkadang terpalit juga pahitnya. Padanya ada suka, terkadang singgah juga dukanya. Itulah fitrah Allah yang difitrahkan kepada semua hamba-Nya.


Satu masa dulu ketika Allah menguji keluarga kami dengan keterbatasan keperluan hidup, mak lah sayap kiri yang paling kuat membantu abah demi meneruskan kehidupan kami adik-beradik. Saya masih ingat, dengan memasukkan duit belanja sekolah sebanyak 5o sen ke dalam sapu tangan, mak kemudiannya mencium dan membelai rambut saya sambil berdoa.


Untuk mendapat duit lebih untuk belanja sekolah, saya yang pada ketika itu berusia 9 tahun minta pada mak agar membuat nasi lemak dan kuih-muih, dan saya sanggup pergi menjaja dari flat ke flat. Alhamdulillah Allah itu Rahman dan Razzaq. Dari sebakul, jadi dua bakul sehari. Dari seorang, kemudian adik-adik saya pun turut berminat dengan 'komisyen' yang diberi oleh mak. Dari situ bermulalah siri bisnes nasi lemak mak sampai sekarang. Kepada para 'pencinta' nasi lemak sekitar Johor Bahru, dijemput datang ke Gerai Nasi Lemak Cik Ani yang kini beroperasi di Medan Selera Taman Universiti Skudai. Hehe, xpe ke promote kat sini ni ;)


Kepada abah dan mak, Kamil dan Faridah disini memohon ampun dan maaf atas segala salah silap baik yang sengaja atau tidak. Halalkan segala didikan dan tarbiyyah yang diberi selama ini. Tiada apa yang Kamil mahukan daripada mak dan abah, kecuali keredhaan kalian. Tiada nilainya ilmu dan amal yang seorang anak peroleh dan lakukan kalau tidak diiringi dengan redha kedua orangtuanya.

Kepada adik-adik, Abanglong minta maaf segala salah silap ye. Kalau ada tersinggung kata, tertinggi suara itu semua tidak lain hanyalah kerana mahu melihat kita semua menjadi hamba Allah yang soleh dan bertaqwa. Berkhidmatlah sepenuh dan seikhlas hati kepada mak dan abah. Gembirakan mereka selagi kita masih diberi peluang melakukannya. Semoga kita akan kekal menjadi keluarga, hingga ke syurga nanti insyaAllah.

Salam Idul Adha dari kami jauh di Bumi Anbiyak.


Assalamualaikum wrt.

*tamat*

Saya maafkan khilaf saudara yang menulis mesej di shoutbox saya. Cuma saya harap lepas ni boleh lah bertanya kepada saya terus secara peribadi.. :)

8 comments:

  1. Salam,

    Buat pembaca blog Akhi Ahmad Kamil, saya Abdul Hafiz bin Muallah, adik kepada Ahmad Kamil bin Muallah, ingin menjelaskan serta menegaskan bahawa keluarga kami tidak pernah membuang atau menyisih beliau. Pemergian ke Mesir juga diiringi bukan sahaja oleh ahli keluarga, malah sanak saudara terdekat.

    "Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh."

    p/s: Semoga sihat2 sejahtera di Mansurah. :)

    ReplyDelete
  2. Imran likes your post!!! (macam FB)

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumussalam. syukran apit atas penjelasannya.. :)

    >dr imran.. :)

    ReplyDelete
  4. salam, semoga Akhi terus thabat , bersabar lah mg senantiasa dalam lindungan Allah

    ReplyDelete
  5. masyaAllah...Allah maha pengasih lagi maha penyayang..Tinggi maqam saudaraku ust kamil....Sampai hati lontarkan kata2 kesat...Hanya Allah yg Maha mengampun..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ya akhi.Salam ziarah.Semoga saudara/ri dalam limpahan rahmat Allah SWT.Kaif haluk? Ana nama seperti saudara...Dijemput ziarah ke blog hamba di http://bicara-hamba.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. > dr hanif.. syukran ust atas doanya.. :)

    >ust suhail.. tinggi maqam? ana ni na banding enta beza langit dengan bumi. apapun syukran ya habibi. ada masa nanti mai la mesir dengan sirajudin.. :)

    ReplyDelete
  8. >JAPIM.. wa'alaikumussalam. alhamdulillah ana bikhair. syukran ziarah :)

    ReplyDelete