Jumlah juga boleh jadi sifat sepertimana dia boleh menjadi khabar atau hal. Namun dalam keadaan ini, ia harus ditakwil sebagai nakirah. Oleh kerana itulah, mausuf kepada jumlah yang menjadi sifat mestilah berbentuk nakirah.
Contoh jumlah yang jadi sifat :
جاء رجلٌ لباسُه جميلٌ
Telah datang seorang lelaki yang pakaiannya cantik
Cuba kita perhatikan,
i) Kalimah rajulun adalah nakirah
ii) Libasuhu jamilun adalah jumlah (dalam bentuk ismiyah khabariyyah).
iii) Berdasarkan pemerhatian saya yang dhaif ini, saya menambah syarat yang ketiga iaitu mesti ada dhomir yang kembali kepada mausuf, baik berbentuk zahir atau muqaddar. Dalam contoh diatas ia adalah zohir.
Kemudian, kita takwilkan jumlah diatas sebagai nakirah, maka ia akan menjadi sifat kepada rajul.
Berbeza pula dengan jumlah di bawah ini,
جاء الرجلُ لباسُه جميلٌ
Kalimah ar-rojul bukan nakirah kerana ia dimasuki alif lam. Jadi jumlah selepasnya tidak boleh menjadi sifat kepadanya. Bahkan dalam keadaan ini, kita boleh meng’irab jumlah itu sebagai hal kepada ar-rojul. Ini kerana jumlah yang datang selepas isim makrifah biasanya boleh di’irab sebagai hal dan isim itu dijadikan zul hal atau sohibul hal.
Jumlah tolabiyyah tidak boleh jadi sifat
Di atas saya ada mengatakan bahawa jumlah khobariyyah boleh jadi sifat. Saya mengaitkan perkataan khobariyyah kerana jumlah boleh juga datang dalam bentuk tolabiyyah, seperti,
جاء رجلٌ اضْرِبْه
Idrib adalah fe’el amar dan fe’el amar memberi makna tolab (permintaan). Maka ia tidak boleh menjadi sifat kepada isim nakirah sebelumnya.
Wallahu a'lam
MENGENAI SAYA
- Ahmad Kamil bin Muallah
- 1988-1994 = SRK St Gabriel KL 1995 = SM Taman Maluri KL 1996-1999 = SM Pandan Jaya KL 2000-2004 = Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling, KL (Sistem Pondok) 2005 = Madrasah Al-Attas Al-Arabiyyah Ulu Tiram, Johor 2006-2008 = Diploma Usuluddin, Kolej Pengajian Islam Johor MARSAH 2009- 2011 = Mansurah, Mesir Sekarang - Taman Daya, JB.
Blog Archive
-
▼
2010
(60)
-
▼
January
(19)
- Zikrul Maut (Mengingati mati)
- Rasulullah s.a.w Bergurau Dengan Kanak-kanak
- Nahu : Isim-isim yang beramal seperti amalan fe’elnya
- Nahu : Sifat Boleh Datang Dalam Bentuk Jumlah Khab...
- Nahu : Sifat Wajib Ikut I'rab Mausufnya dan Ma'ri...
- Puisi : Hati Yang Mati
- Kalam Tasyji' : Ma'an Najah Fil Imtihan.. :)
- Nahu : Bab Tawabi' - Sifat (Bhgn 1 -Takrif dan T...
- Kisah Para Sahabat : Hadrat Bilal r.a. Gelap Kulit...
- SDK : Burger Akhi dan Secebis Kenangan
- Gambarajah Kitab-kitab Fiqh Mazhab Syafie
- Muhasabah : Hidup Kita Hanya 1 Jam Lebih
- Isu Semasa : Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Men...
- Isu Semasa : Pandangan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
- Muhasabah :Qiyamullail- Baca al-Quran dan Solat Ta...
- Nahu : Kana dan Akhawatnya 3 : Datang Dengan Makna...
- Nahu : Kana dan Akhawatnya 2 : Pembahagian Dari Se...
- Nahu : Kana dan Akhawatnya 1 : Amalan dan Pembahag...
- Suka Duka Kehidupan : Setelah 3 Purnama
-
▼
January
(19)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum ust, boleh ust terangkan pula Sifat kataegori syibih jumlah..?
ReplyDelete