Tuan-tuan yang dikasihi..
Tanpa atau dengan kita sedari, kita memang sering sahaja lupa dan lalai dalam mengingati hari dimana kita bakal dibangkitkan kelak. Kita terlalu mementingkan hal-hal dunia sehingga sering sahaja mengabaikan perintah Allah. Lebih
Salahkah mencari rezeki? Salahkah menjadi kaya? Tidak salah, tuan-tuan. Silakan jadi kaya. Silakan jadi hartawan. Bahkan memang dituntut supaya adanya hartawan mukmin yang akan menginfakkan hartanya ke jalan Allah.
Cuma yang salahnya adalah apabila harta yang kita usahakan menyebabkan kita lalai, ingkar bahkan sombong untuk tunduk patuh kepada Allah.
Tuan-tuan, marilah kita sama-sama renungkan firman Allah :
"(lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan Yang demikian) rasalah azab Yang kekal Dengan sebab apa Yang kamu telah kerjakan". Surah as-Sajdah ayat 14.
Semoga kita semua sentiasa sedar, insaf dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh mencari redha Allah.
O Allah , Don't make this world as our biggest concern.
ReplyDeleteاللهم لا تجعل الدنيا اكبر همنا
ReplyDelete