OH ! BELAJAR MENGAJI ALQURAN....
Tuan-tuan yang dikasihi.
Saya percaya, ramai antara kita yang menghantar anak ke kelas mengaji al-Quran. Ada beberapa perkara yang sering berlaku, dan saya ingin berkongsi pandangan mengenainya.
1. Kita sering meletakkan matlamat supaya anak kita CEPAT KHATAM, walaupun terkadang bacaannya masih tidak memuaskan. Lalu kita berasa tidak selesa bila guru tidak melepaskan anak kita membaca muka surat seterusnya, dengan alasan muka surat yang dibaca sekarang masih belum baik bacaannya. Sedangkan matlamat yang sebenarnya adalah supaya anak kita pandai membaca dengan betul, dari sudut tajwid dan makhraj. Bila anak itu khatam, insyaAllah dia akan khatam dengan bacaan yang baik.
2. Terkadang ada anak-anak kita, atau mungkin kita sendiri yang salah faham mengenai konsep khatam al-Quran. Ada yang menyangka, khatam Al-Quran samalah ertinya dengan TAMAT atau SELESAI membaca, sehingga dah tak perlu lagi dibaca selalu. Ini adalah salah faham yang besar dan wajib diperbetul semula. Al-Quran adalah sumber rujukan utama kita sebagai manusia, dan kita sentiasa memerlukannya sebagai pedoman menongkah hidup.
3. Tidak kurang pula antara kita yang menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mengajar al-Quran kepada para ustaz. Apa salahnya kalau kita sendiri turut sama semak apa yang dipelajari anak kita di kelas mengaji. Hmm, tapi saya tak pandai mengaji la ustaz. Tak apa. Minta anak kita ulang semula apa yang dia pelajari tadi pada kita. Secara tak langsung, dua-dua pihak dapat manfaat yang sama.
4. Kita tentu pernah khatam membaca al-Quran kan? Apa kata selepas ini kita khatamkan membaca al-Quran dengan menghayati terjemahannya sekali. Kalau yang ini pun dah khatam? Tak apa, ulang lagi. Dalam masa yang sama, hadirkan diri ke kuliah-kuliah tafsir di sekitar tuan-tuan.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya terjumpa entri ini semasa surf berkenaan mengajar anak mengaji.
Sekarang ini sedang cuba mengajar anak mengaji.
Memandangkan saya berada di luar negara, tiada pilihan lain selain dari mengajar sendiri.
Pernah mengalami situasi di point no 1 semasa kecil dahulu.
Pernah mengalami situasi di point no 2 semasa zaman remaja.
Sekarang cuba mengajar anak sendiri setakat mana yang mampu.
Setelah membaca entri ini, akan cuba untuk mengamalkan point yang ke 4.
Terima kasih dan salam ukhwah.
kat sini belajar percuma jer
ReplyDeletehttp://anordinarymanz.blogspot.com/search/label/ysaqkl
nak buku untuk ajar anak mengaji? boleh tengok sini
ReplyDeletehttp://hzreadnetwork.blogspot.com/2012/09/siri-cepat-membaca-quran-al-furqan.html