Assalamualaikum wrt
Saya dapat mesej di shoutbox,

Di bawah saya letakkan semula entri lama saya dari blog yang sebelum ini. Mudah-mudahan terjawab apa yang ditimbulkan oleh saudara yang bertanya, dan kita semua sebagai seorang Muslim dapat sentiasa berbaik-baik antara satu sama lain. :)
Sumber :
Salam Idul Adha Buat Keluarga TercintaAllahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Wa Lillah al-Hamd
Assalamualaikum wrt.
Terubat sungguh rasanya hati ini bila dapat berbual dengan mak, abah dan adik-adik sebentar tadi menggunakan YM. Rindu sangat rasanya. Lebih-lebih lagi bila mak yang baru sahaja pulang berewang di masjid qaryah bergegas menuju komputer Amiruddin, adik bongsu saya sebaik sahaja dia dapat tahu saya yang sedang di talian.
Walaupun agak sukar untuk membuat panggilan kerana line yang agak sibuk, maklumlah Hari Raya namun setelah beberapa cubaan berjaya juga. Sayu hati ini bila Amiruddin beritahu yang mak rindu nak dengar suara saya dan zaujah.
libra_beb (11/27/2009 10:16:10 AM): mak nk tngk gmbr blongibnu_mualla (11/27/2009 10:16:16 AM): mak da balik ehibnu_mualla (11/27/2009 10:16:22 AM): gambar kat sini kelibra_beb (11/27/2009 10:16:34 AM): ah2ibnu_mualla (11/27/2009 10:16:43 AM): japlibra_beb (11/27/2009 10:17:13 AM): mk nk dgr suara blomglibra_beb (11/27/2009 10:17:20 AM): call laa cpt balong :)ibnu_mualla (11/27/2009 10:18:21 AM): jap yeibnu_mualla (11/27/2009 10:18:23 AM): line sibuk sikitlibra_beb (11/27/2009 10:18:30 AM): mk cakap..libra_beb (11/27/2009 10:18:44 AM): mk rindu suara blongibnu_mualla (11/27/2009 10:18:52 AM): jap tengah trylibra_beb (11/27/2009 10:19:03 AM): mk nk dgr suara kk faridah skaliBerkaca juga kelopak mata saya membaca semula perbualan kami tadi. Teringat masa-masa indah sedari kecil hinggalah sekarang. Kenangan saya dan keluarga tercinta. Di dalamnya ada yang manis, terkadang terpalit juga pahitnya. Padanya ada suka, terkadang singgah juga dukanya. Itulah fitrah Allah yang difitrahkan kepada semua hamba-Nya.
Satu masa dulu ketika Allah menguji keluarga kami dengan keterbatasan keperluan hidup, mak lah sayap kiri yang paling kuat membantu abah demi meneruskan kehidupan kami adik-beradik. Saya masih ingat, dengan memasukkan duit belanja sekolah sebanyak 5o sen ke dalam sapu tangan, mak kemudiannya mencium dan membelai rambut saya sambil berdoa.
Untuk mendapat duit lebih untuk belanja sekolah, saya yang pada ketika itu berusia 9 tahun minta pada mak agar membuat nasi lemak dan kuih-muih, dan saya sanggup pergi menjaja dari flat ke flat. Alhamdulillah Allah itu Rahman dan Razzaq. Dari sebakul, jadi dua bakul sehari. Dari seorang, kemudian adik-adik saya pun turut berminat dengan 'komisyen' yang diberi oleh mak. Dari situ bermulalah siri bisnes nasi lemak mak sampai sekarang. Kepada para 'pencinta' nasi lemak sekitar Johor Bahru, dijemput datang ke Gerai Nasi Lemak Cik Ani yang kini beroperasi di Medan Selera Taman Universiti Skudai. Hehe, xpe ke promote kat sini ni ;)
Kepada abah dan mak, Kamil dan Faridah disini memohon ampun dan maaf atas segala salah silap baik yang sengaja atau tidak. Halalkan segala didikan dan tarbiyyah yang diberi selama ini. Tiada apa yang Kamil mahukan daripada mak dan abah, kecuali keredhaan kalian. Tiada nilainya ilmu dan amal yang seorang anak peroleh dan lakukan kalau tidak diiringi dengan redha kedua orangtuanya.
Kepada adik-adik, Abanglong minta maaf segala salah silap ye. Kalau ada tersinggung kata, tertinggi suara itu semua tidak lain hanyalah kerana mahu melihat kita semua menjadi hamba Allah yang soleh dan bertaqwa. Berkhidmatlah sepenuh dan seikhlas hati kepada mak dan abah. Gembirakan mereka selagi kita masih diberi peluang melakukannya. Semoga kita akan kekal menjadi keluarga, hingga ke syurga nanti insyaAllah.
Salam Idul Adha dari kami jauh di Bumi Anbiyak.
Assalamualaikum wrt.
*tamat*
Saya maafkan khilaf saudara yang menulis mesej di shoutbox saya. Cuma saya harap lepas ni boleh lah bertanya kepada saya terus secara peribadi.. :)