MENGENAI SAYA

My photo
1988-1994 = SRK St Gabriel KL 1995 = SM Taman Maluri KL 1996-1999 = SM Pandan Jaya KL 2000-2004 = Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling, KL (Sistem Pondok) 2005 = Madrasah Al-Attas Al-Arabiyyah Ulu Tiram, Johor 2006-2008 = Diploma Usuluddin, Kolej Pengajian Islam Johor MARSAH 2009- 2011 = Mansurah, Mesir Sekarang - Taman Daya, JB.

Friday, March 7, 2014

Antara Mereka Yang Kata-Katanya Memberi Kesan Pada Hati

Ustaz Pahrol Mat Juoi
Ustaz Ebit Lew
Ustazah Hafizah Musa 
Dr Muhaya 

Semua ini adalah antara penceramah yang kata-katanya tidak tinggi, biasa-biasa sahaja. Tapi sangat memberi kesan ke dalam hati para pendengar. Kerana saya yakin, yang kita semua sebagai pendengar selalu berasa kata-kata mereka tepat kena dengan diri dan keadaan kita.

Dan sedikit pun saya tidak ada niat untuk membezakan ustaz dan ustazah ini dengan para ulama dan asatizah yang lain. 

Target Utama

Target utama kita semua adalah Husnul Khatimah. Sentiasalah berusaha dan membuat persiapan untuknya.

Thursday, March 6, 2014

Mengadu Kepada Allah

Semasa di tahun 4 Madrasah Miftahul Ulum, saya keluar 40 hari ke Marudi, Miri Sarawak bersama jemaah dari KL. Duit di tangan masa tu hanya ada RM400. Beli tiket pergi balik dan urusan itu ini, sampai kat Miri duit tinggal berapa ringgit je. Turut sama dengan saya sahabat semadrasah saya Ustaz Abdul Majid , anak kepada Haji Abdul Aziz Hasbi. 

Sentiasa terngiang-ngiang pesan para masyaikh madrasah supaya luahkan semua masalah pada Allah. Hati memang teringin nak bagitau orang yang kita ni dah kira macam sehelai sepinggang dah, tapi pujuk juga supaya banyakkan mengadu pada Allah.

Lepas Asar hari yang sama, ada seorang Arab yang solat jemaah di surau yang jemaah saya singgah. Lepas solat, saya saja ikhtilat dengan dia. Kami berbual dalam Bahasa Arab. Perbualan sekitar dakwah dan menceritakan kebesaran Allah.

Tiba-tiba dia ajak saya ke belakang surau. Dia mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dan mencukupi sepanjang tempoh 40 hari saya di sana, bahkan banyak lagi belen ketika saya balik. Sedangkan sikit pun saya tak maklumkan keadaan saya ketika itu.

Apa yang saya nak kongsikan adalah, dalam apa jua keadaan, marilah kita sungguh-sungguh belajar untuk mengadu sungguh-sungguh kepada Allah. Allah Maha Memiliki segalanya. Allah tempat bergantung kita semua...

Pendakwa Di Mahsyar..

Di mahsyar nanti lidah seboleh-bolehnya hendak memberi keuzuran terhadap apa sahaja perlakuan kita di muka bumi ini. Namun Allah akan kunci lidah, dan tangan serta kaki, bahkan seluruh anggota badan akan jadi saksi apa sahaja yang kita lakukan. Maka saya dan tuan-tuan kena sungguh-sungguh selamatkan diri kita daripada sekarang. Tiap kali rasa nak buat dosa, ingatlah tangan dan kaki kita adalah saksi dan pendakwa utama nanti di sana... 

Guru, Adakah Sekadar Mengajar?

Sebagai guru, kita tidak boleh hanya mengajar. Bahkan yang lebih utama adalah mendidik, mentarbiyyah. 

Jadilah seorang murabbi, yang tidak sanggup melihat anak didiknya jauh daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya sollallahu alaihi wasallam. 

Tidak sampai hatinya melihat anak muridnya minum dengan tangan kiri.
Tidak sampai hati melihat muridnya tidak beradab dengan alat-alat ilmu.
Tidak sampai hati melihat muridnya main-main dalam solat. 
Dan pelbagai lagi....

Saya sendiri masih jauh dari kesedaran ini, dan sedang berusaha untuk belajar menghayatinya.

Nasihat Dari Hati, Jatuh Ke Hati

Masih segar dalam ingatan betapa sebaknya Maulana Razif Sri Petaling hafizohullah ketika mengingatkan para pelajar Madrasah Miftahul Ulum pada suatu petang, supaya jangan ambil mudah perihal memelihara hafazan Al-Quran. 

Sungguh, beliau benar-benar menyampaikan dari hati. Sehingga saat ini, ketika menulis status ini, perasaan sebak akan hadir terkenangkan nasihat dan wasiat beliau pada petang itu.

[Dari Abu Musa r.a : Nabi saw bersabda, “Sering-seringlah (amalkanlah) membaca Al-Quran, kerana demi Allah, dia (Al-Quran itu) lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya.” ] Riwayat Imam Muslim rohimahullah.